JUS KISMIS ASY-SYIFA
Jus Kismis As- Syifa' mengandungi kismis, kurma madu, kurma nabi(ajwah), madu, habbatussauda, buah tiin, za'faran dan zaitun. Di botolkan dalam pek 280 ml (RM 28.50 ) dan ekonomi pek, 550 ml (RM 49.90). Untuk Sabah dan Sarawak, pek 280 ml RM 30.50 dan pek 550 ml RM 53.90. Hanya 2 sudu pagi dan malam untuk dewasa dan 1 sudu pagi dan malam untuk kanak-kanak. Tiada sebarang pantang larang, sesuai untuk semua peringkat
umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua.
Sehingga kini Jus Kismis As-Syifa' telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah-masalah seperti asma, batuk yang berlarutan,
tonsil, kencing manis, darah tinggi, insomnia, keletihan, anak2 yang degil dan sebagainya.
KHASIAT KISMIS
Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat
di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak
vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen ke otak ke seluruh badan. Kismis
juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk
gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang
menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
KHASIAT KURMA/ RUTOB
Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi,
Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium
dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).
Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan
anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Saidina Ali a.s. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua
kuman di dalam badannya". kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses
pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu,
nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.“
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt
menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa
bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) merumuskan kajiannya mengenai kurma seperti yang
tersiar dalam majalah Mingguan Wanita bahawa sekiranya isteri-isteri yang hamil memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar
anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.
Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda
menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA’)
Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan
pada setiap waktu
Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian
dan buah-buahan.
Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda')
telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India,
Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan
diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.
KHASIAT BUAH TIIN
Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah
Tiion ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber
makanan, buahan dan nilai ubatan.
Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi debgan serat.
Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi
"Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang
turun daru syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit
buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."
Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan pemawar kepada pemyakit
buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.
Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin
di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, mewmbersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga
buasir.
KAEDAH PENGGUNAAN
Minum sebanyak 2 sudu pada waktu pagi dan malam.
Sesuai
untuk semua peringkat umur.