'Kaedah rawatan pinggan putih" - menghidupkan kembali amalan ulama silam dalam ikhtiar pelbagai hajat dan
penawar bagi sebarang penyakit zahir dan batin.

AL QURAN
Terkandung didalamnya rahsia bagi segala rahsia, hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar seperti yang
tersebut didalam surah Al Isra ayat 82
".... dan kami
turunkan Al Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman"

ZA'FARAN
Adalah stigma yang dikeringkan daripada bunga-bunga Za'faran dan dikenali sebagai bahan rempah yang terbaik (King of
Spices) yang terwangi dan termahal didunia. Digunakan secara meluas diseluruh dunia terutama di
Timur tengah bagi tujuan melazatkan makanan dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak
wangi, bahan pewarna dan lain-lain serta menjadikan ia produk yang berjenama mahal.

APAKAH AIR MUSOFFA?
Air Musoffa adalah gabungan istimewa larutan daripada penulisan Ayat-ayat suci Al Quran serta doa-doa pilihan dengan
menggunakan Za'faran sebagai dakwat yang ditulis di dalam pinggan putih serta pena penulisan daripada ranting kayu.
SEJARAH
Musoffa adalah perkataan arab yang membawa maksud 'suci dan yang disucikan'. Kaedah ini juga dikenali sebagai 'rawatan
pinggan putih' dikalangan ulama silam.
RUJUKAN
Usaha ini juga telah dibuat rujukan kepada Lembaga Penasihat Syariah NAQIA CORPORATION SDN. BHD., tokoh-tokoh ulama,
para pengamal perubatan Islam selain daripada kitab-kitab rawatan Islam dan kitab tua arab.

BAGAIMANA KAEDAH PEMBUATANNYA ?
Air ini dihasilkan melalui kaedah tradisi para ulama yang mementingkan kehalusan dan kesucian adab-adab pembuatan, penuh
ketelitian bagi menghasilkan sumber keberkatan. Dengan kemahiran menulis bahasa Arab, disertai dengan hati dan fikiran yang
penuh tumpuan dan khusyuk serta tahap kesabaran menulis yang tinggi.

Kaedah ini diyakini menjadi senjata paling ampuh untuk ikhtiar pelbagai hajat serta penawar sebarang jenis penyakit zahir
dan batin, serta mempunyai kemujaraban yang unggul dan terbukti berkesan asalkan setiap penggunaan diniatkan dengan penuh
keyakinan...
APAKAH KANDUNGAN AIR MUSOFFA ?
- Tulisan daripada : Al-Fatihah, Surah Yasin, Ayatul Kursi, 3 Qul, Ayat Bismillah 786 kali, ayat-ayat Syifa dari beberapa
surah pilihan, doa-doa pilihan termasuk doa angin ahmar.
- Dakwat daripada - Za'faran yang diproses.
- Air tapisan yang bermutu tinggi serta air zam-zam.
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKANNYA ?
Sakit dalaman :
Minum dan sapu bahagian yang perlu (contoh : lumpuh, migrane, sakit perut dan sebagainya).
Sakit luaran :
Di sapu, diurut, dititik, dijaram, atau direnjis.
Sebarang hajat :
- Direnjis, diminum disapu atau dimandi. #Untuk mandia, elok tadahkan air mandia di dalam besin.
- Hadirkan keyakinan dengan kuasa Allah dan jangan sekali-kali memperlecehkannya atau menghinanya.
- Bagi penyakit berat atau hajat penting buat 7 kali berturut-turut. Jika tiada kesan di peringkat awal, teruskan sehingga
berjaya, Insya Allah!
- Sukatan ikut keperluan. (Tiada had - boleh diminum seberapa suka.)
- Boleh dicampur dengan sebarang minuman dan makanan.
- Kalau ingin menambah air, muliakan air ini dengan sentiasa menuang dari atas, dibawahnya air lain. Jangan dilangkah atau
dibuang merata-rata.
SIAPAKAH YANG HARUS MENGGUNAKAN ?
- Semua peringkat umur dari janin dalam kandungan sehingga mereka yang sedang nazak menghadapi kematian.
- Para pelajar untuk tujuan penerang hati dan penguat ingatan serta penghafal Al-Quran.
- Anak-anak yang degil lembab, malas dan sebagainya.
- Untuk semua kegunaan bangsa dan agama, semua makhluk termasuk haiwan, tumbuhan, tanaman dan harta benda.
- Warga tua yang berpenyakit untuk mengelakkan nyanyuk.
- Ibu-ibu yang mengandung dan hampir bersalin.
- Yang telah puas mencuba merawat penyakit dengan lain-lain kaedah.
- Semua peringkat umur yang bermasalah zahir dan batin.
BAHAN RENUNGAN.
Air Musoffa hendaklah dijadikan wasilah sebagai ikhtiar bagi mendapatkan bantuan Allah dalam segala hajat anda. Lakukan
ibadah asas yang dituntut sebagai penguat kepada kemakbulan doa dan hajat. Yakinlah dalam ikhtiar ini dan bertawakkal kepada
keagungan kuasaNya kerana tiada suatu penyakit yang tidak dapat disembuhkan melainkan mati...
KANDUNGAN KHASIAT AIR MUSOFFA.
Sebagai ikhtiar untuk penawar bagi :
Jantung atau jantung berlubang, migrain, kanser, darah tinggi, angin ahmar, kencing manis,
lumpuh, buah pinggang, gastrik, muntah-muntah atau demam, bengkak hati atau Hepatitis, radang paru-paru, tekak dan tonsil,
masalah limpa, masalah kulit, masalah haid, memudahkan penghadaman, menambah tenaga batin, insomania (susah tidur) dan lain-lain
lagi.
Sebagai ikhtiar pendinding dan penyembuh:
daripada gangguan sihir, jin atau syaitan, histeria, makhluk halus, gila, meroyan, santau,
sihir, busung, saka, badi dan sebagainya.
Sebagai ikhtiar keselamatan:
untuk rumah, kenderaan, tanaman, kebun atau apa jua hartabenda yang lain.
Sebagai penguat akal:
Mencerdaskan minda, menguatkan hafalan (terutama Al-Quran), meningkatkan daya ingatan,
memudahkan pembelajaran, memulihkan akal yang rosak dan gila.
Sebagai pembersih rohani :
Menghilangkan penyakit hati (panas baran, ego, sombong, dengki, degil dsb), terang hati,
mudah beribadah, halus perasaan, mudah membuat kebaikan.
Sebagai penjagaan kesihatan :
Memelihara kesejahteraan tubuh badan zahir dan batin, kelancaran darah, awet muda, mati
pucuk, pembersihan darah daging daripada sumber makanan yang kotor atau syubhat, menghindar jangkitan penyakit menular.
Sebagaipenawar dan kekuatan jiwa:
Menghilangkan tekanan (stress), mendapat ilham atau idea yang baik, menyejukkan perasaan,
menghilangkan ketegangan perasaan atau fikiran, darah gemuruh, gagap dan menguatkan jiwa dalam menerima ujian, InsyaAllah
!
Sebagai ikhtiar mendapatkan hajat :
Bagi yang sukar mendapatkan zuriat, melunakkan hati musuh, anak-anak, pelaris perniagaan,
pengasih, pemanis wajah, lulus ujian, memudahkan perbicaraan...
|
|