AIR MINUMAN ASY-SYIFA
Air Minuman Asy-Syifa' dihasilkan mengikut kaedah rawatan pinggan putih yang diwarisi dari ulama-ulama silam yang mengutamakan
kesucian, ketelitian, kemahiran adab dan kekhusyukan.
Khasiat terapeutik Za'faran dipertingkatkan dengan keberkatan tilawah ayat-ayat al-Quran dan doa-doa, serta diperkayakan
dengan air mawar bermutu tinggi.
Dengan izin Allah dan ikhtiar ini, Asy-Syifa dipercayai dapat membantu mengatasi masalah fizikal, mental, emosional dan
spiritual.
Asy-Syifa boleh diminum sebagai sebahagian dari rawatan atau diamalkan sebagai minuman kesihatan.
KANDUNGAN
Pati Za'faran, Air Mawar Asli Gred Premium, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa pilihan mengikut kaedah rawatan pinggan putih.
KAEDAH PENGGUNAAN
Asy-Syifa selamat digunakan untuk segala bentuk rawatan, luaran dan dalaman. Boleh diminum, disapu, disembur
dan juga digunakan sebagai mandian, kosmetik, mahu pun masakan.
Untuk mendapatkan keberkatan, serta kesan yang lebih baik, disyorkan dengan memulakan dengan niat, bacaan Bismillah,
surah al-Fatihah, serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
InsyaAllah, berkat doa, usaha, istiqamah dan tawakkal, mudah-mudahan akan dipermudahkan penyelesaian bagi segala masalah
kita...
ASY-SYIFA'
(Minuman Herba Za'faran)
SAIZ : 500ml
HARGA : RM10.00
KOS PENGHANTARAN : (SILA RUJUK BORANG PESANAN DI BAWAH)