|
PESANAN & PEMBAYARAN
KAEDAH PESANAN.
- Buat pilihan produk yang anda sukai di
halaman produk kami. Maklumat Tinggi, Lebar & Berat (jika ada)
adalah untuk memudahkan anda membayangkan saiz sebenar produk tersebut.
- Sesudah pasti, pergi ke laman BORANG PESANAN, masukkan maklumat produk yang diminta (Copy & Paste sahaja). Sila
semak Baki Stok terlebih dahulu dengan menggunakan borang yang
disediakan jika ada permintaan untuk berbuat begitu.
- Masukkan maklumat peribadi anda di ruang
yang disediakan. Setelah itu bolehlah anda menguruskan soal pembayaran.
Sila lihat KAEDAH PEMBAYARAN.
- Penghantaran akan dibuat setelah pihak
kami menerima pembayaran dari anda. Penghantaran adalah melaui pos biasa (berdaftar) untuk menjimatkan kos. Penghantaran Ekspres
boleh dirundingkan dengan penambahan pada kos penghantaran.
- Jangan lupa
untuk menambahkan Kos Penghantaran pada pembayaran anda. Jika tidak terdapat sebarang kenyataan mengenai
Kos Penghantaran pada Maklumat Produk, bererti kos penghantaran untuk produk tersebut adalah percuma
!
- Anda juga boleh membuat pesanan
melalui borang pesanan yang disediakan khas di halaman maklumat produk. Jika anda ingin memesan lebih dari satu (berbilang),
anda digalakkan untuk menggunakan borang pesanan yang boleh anda download melalui laman web ini.
KAEDAH PEMBAYARAN.
- Bayaran melalui cek, Kiriman Wang (money
order), atau pun Wang Pos (postal Order). (Bayaran melalui cek akan mengambil sedikit masa untuk pengesahan cek). Hantarkan
Cek / Kiriman Wang / Wang Pos anda atas nama Darma Kifayah Enterprise.
Hantarkan bersama dengan Borang Pesanan anda ke alamat hubungan kami. Sebelum itu, anda hendaklah e-melkan terlebih dahulu Borang Pesanan anda kepada kami. Kami akan menyimpan stok tersebut untuk anda. Kami memberi tempoh seminggu untuk pembayaran secara pos.Selepas
tempoh tersebut, pesanan anda akan dibatalkan jika pihak kami tidak menerima sebarang pembayaran. Anda boleh melanjutkan tempoh
pembayaran dengan memaklumkannya kepada kami terlebih dahulu.
- Melalui bank (Maybank / CIMB). Cara ini lebih mudah dan cepat. Sama ada dengan cara pemindahan dari mesin ATM, Maybank2u / CIMBClicks, atau pun memasukkan wang tunai melalui Kaunter
atau melaui Mesin Deposit. Masukkan / Pindahkan wang anda mengikut
jumlah di Borang Pesanan ke nombor akaun 164137002995
atas nama Khairil Anizan bin Alang
Bee (untuk akaun kami di Maybank), atau 12240001109209, atas nama Khairil Anizan Alang Bee (untuk bank CIMB). Sila simpan slip bank anda untuk rujukan, sehingga segala urusniaga di antara anda dan kami selesai.
Kami memberi tempoh sehingga 3 hari sahaja untuk pembayaran melalui bank.
Panduan Tambahan.
bayaran melalui kaunter
Boleh dilakukan di mana-mana cawangan Malayan Banking Berhad,
seperti mana anda membuat simpanan untuk akaun simpanan anda sendiri. Simpan Slip Bank tersebut sebagai bukti pembayaran anda.
bayaran melalui Mesin Deposit
Mesin Deposit adalah cara terkini memasukkan wang ke dalam bank. Pergi ke mana-mana kiosk Mesin
Deposit Malayan Banking Berhad, tekan Butang Enter, dan ikuti arahan
selanjutnya. MASALAHNYA, Mesin Deposit hanya menerima wang kertas
RM 10.00, RM 50.00
dan RM 100.00 sahaja. Mungkin anda tidak dapat membayar dengan jumlah
yang tepat dengan jumlah bayaran yang sepatutnya anda bayar. Mesin Deposit juga tidak
menerima wang yang koyak atau berkedut!
pindahan wang melalui mesin ATM.
Ini cara yang paling mudah! Asalkan anda mempunyai kad
ATM maybank. Anda boleh melakukan pembayaran pada bila-bila masa: 24 jam sehari!
Pilih : LAIN-LAIN URUSNIAGA > PINDAHAN > AKAUN
PIHAK KETIGA. Masukkan nombor akaun kami dan pastikan nama yang dipamerkan adalah nama yang betul. Masukkan jumlah pembayaran
yang perlu dibayar. Tekan YA setelah anda pasti. Simpan resit anda sebagai bukti pembayaran.
KLIK DI SINI UNTUK KE BORANG PESANAN
Untuk membuat pembayaran secara online, sila klik link di bawah :
|
|
|
|
|

|
| MALAYAN BANKING BERHAD (MBB) |
|
164137002995
emel : kedaisiberneka@yahoo.com.my
|
|
|

|
| CIMBclicks |
|
12240001109209
|
|
|
|
Sebarang pertanyaan, hubungi kami di emel berikut :
admin kedaisiberneka
Laman web ini adalah milik :
DARMA KIFAYAH ENTERPRISE,
Kedai Mussolla Darul Salam, Jalan Teratai 2/5, Taman Bukit Teratai,
56100 KUALA LUMPUR.
Tel : 013-6701491, 03-42806803.
|