GERBANG

BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN

Terima kasih di atas kesudian anda menyahut permintaan kami, untuk memberikan maklum balas (yang positif tentunya !) terhadap perkhidmatan kami.
 
Berurusniaga dan membeli belah di internet masih merupakan budaya baru bagi masyarakat Malaysia. Kekhuatiran terhadap kemungkinan tertipu adalah sesuatu yang rasional dan munasabah untuk difikirkan. Namun penipuan dan ketidakjujuran berlaku di mana-mana. Tidak sekadar di internet sahaja.
 
Lantaran itu, kami amat memerlukan sokongan anda untuk memberitahu kepada umum, bahawa kami adalah peniaga yang boleh dipercayai. Buktinya, anda pernah berurusan dengan kami, dan anda tidak diperdayakan.
 
Sila isikan borang dibawah, tulislah apa yang anda ingin tuliskan, yang datangnya dari hati nurani anda sendiri. Anda juga dibenarkan untuk memberi komen membina sebagai tambahan, untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami. 
 
Kami juga turut menyediakan ruang untuk URL laman web atau blog anda. Gunakanlah kesempatan ini untuk mempromosikan laman web atau blog anda jika ada. Abaikan sahaja ruangan ini jika anda tidak berminat.
 
Anda juga digalakkan untuk menyertakan gambar anda sendiri bersama maklumbalas anda. Gambar ini akan menguatkan lagi keyakinan pengunjung kedai online kami, menunjukkan bahawa maklumbalas tersebut bukanlah rekaan kami sendiri. Sila emelkan foto digital anda ke: kedaisiberneka@yahoo.com.my .
 
Ingat ya! Borang Maklumbalas ini adalah khusus untuk menilai perkhidmatan kami, bukannya produk !
 
Sebagai panduan, di antara yang boleh anda nilaikan ialah ; tempoh penerimaan barang dari tarikh pembayaran, layanan terhadap emel pertanyaan anda, dan seumpamannya.
 
Untuk melihat ontoh maklumbalas yang telah dibuat oleh pelanggan kami, sila KLIK SINI !
 

BORANG MAKLUM BALAS

NAMA :
EMEL :
LOKASI ANDA :
LAMAN WEB / BLOG :
MAKLUM BALAS ANDA :
  

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA !

Laman web ini adalah milik :
DARMA KIFAYAH ENTERPRISE (001221506-W),
Kedai Mussolla Darul Salam, Jalan Teratai 2/5, Taman Bukit Teratai,
56100 KUALA LUMPUR.
Tel : 013-6701491.